Sejarah Sekolah


SEJARAH SEKOLAH DAN LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Tempurong terletak disebuah kampung yang kecil iaitu Kampung Tempurong. Jauh dari pekan Kuala Penyu ialah 13 kilometer (KM). Jumlah penduduknya lebih kurang 400 orang. Penduduk – penduduk kampung ini terdiri dari suku  kaum bajau.

Sebelum kerajaan membina sekolah di kampung ini, kanak – kanak dari kampung ini terpaksa pergi belajar ke SRT. ST. Augustine Kiambor. Mereka berjalan kaki berulang – alik sejuah lebih kurang 4 kilometer (KM) mengikut jalan kecil. Hanya sebilangan kecil sahaja kanak – kanak di kampung ini yang berminat dalam bidang pelajaran pada masa itu.

Memandangkan kesulitan untuk memberikan pelajaran kanak – kanak di kampung ini. Maka ketua kampung pada masa yang sama itu Tuan Haji Dullah Ladis telah mengadakan perbincangan dengan penduduk – penduduk kampung ini untuk memohon sebuah sekolah bagi memudahkan dan memberi peluang kepada semua kanak – kanak di kampung ini menikmati pelajaran. Masa itu juga mereka menetapkan tapak bangunan di mana tengah kampung antara Kampung Seliku, Tagilong. Keparing dan Mansiang.

Setelah mendapatkan persetujuan dari penduduk – penduduk  kampung ini. Maka ketua kampung telah menghubungi Pegawai Daerah, Kuala Penyu Haji Thaufick OOK Saman. Pegawai Daerah datang dicadangkan iini terletak di tanah En. Lakim Bingkong. Pemilik tanah telah pun bersetuju  membahagikan tanahnya seluas 2 ekar untuk kawasan sekolah.

Tahun 1965, kelulusan untuk membina sebuah sekolah di kampung ini telah diterima oleh Ketua Kampung. Sebelum sekolah ini dibina Ketua Kampung telah membawa penduduk – penduduk kampung bergotong – royong membersihkan kawasan tersebut.Bulan Ogos, 1965 bangunan SK. Tempurong yang pertama telah dimulakan pembinaannya oleh Kontraktor En. Teo Kim Piat. Dan telah siap pembinaanya pada hujung tahun 1965.

Awal bulan Januari, 1966 sekolah ini telah pun dibuka dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuala Penyu iaitu Haji Thaufick OOK Saman. Muridnya berjumlah 40 orang dan dibahagikan kepada dua billik darjah iaitu Tahun 1 dan Tahun 2. Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah En. Sinin Guan dan Penolongnya ialah En. Kimjus Kusiang.

Oleh sebab rumah guru pada masa itu. Maka guru – guru terpaksa tinggal untuk sementera waktu di pondok kecil yang dibuat oleh orang kampung yang beratapkandaun dan berdindingkan pelapah rumbia. Memandangkan bilangan murid makin bertambah, maka dalam tahun 1967 kerajaan telah menambahkan lagi sebuah  bangunan bilik darjah iaitu, menyambung bilik darjah yang telah lama dan sebuah rumah guru. Tahun 1971, sebuah bangunan sekolah yang mempunyai dua bilik darjah dan sebuah rumah guru.

Memandangkan kawasan sekolah ini terlalu kecil, maka Guru Besar Sekolah ini En. Abd Latip Mohd Tabah telah memohon melalui jabatan supaya kawasan sekolah ini ditambah lagi seluas 3 ekar. Pada tahun 1984 kelulusan telah diterima. Tahun 1985, kerajaan telah membina lagi sebuah sekolah tambahan Rancangan Kilat yang mempunyai 2 bilik darjah, 1 bilik guru – guru dan 1 bilik guru besar. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Penyelia Bahagian Beaufort En. Ag. Besar Haji Abu Bakar, wakil Pegawai Pendidikan Bahagian Beaufort pada 04 April 1986. Perkembangan dan kemajuan pelajaran sejak sekolah ini dibina hingga sekarang kurang menggalakkan. Setakat ini ramai murid – murid keluaran sekolah ini lulus SPM. Keadaan ini adalah disebabkan Ibu – bapa di kampung ini kurang faham terhadap pentingnya pelajaran kepada kanak –kanak.